Kembali Menulis

Salam semua.

                Harini entah macam mana aku terdetik untuk buka semula Blog aku ni setelah sekian lama aku tak buka. Mungkin sebab aku bosan sgt PKP di Malaysia ni lama sgt. Sekali lagi aku berazam untuk aktif berblog. HAHA kali ke berapa aku berazam pun aku tak tahu. Aku pun tak tahu kenapa asyik terbiar je blog aku ni, mungkin minat menulis aku semakin terkikis. 

                Azam aku yang kali ni InsyaAllah menjadi.  Aku dah edit2 sikit template, edit chat box dan lagu pun aku tukar. Ada lagu x? aku dah setting "AutoPlay" tapi tak tahu la kenapa dekat PC aq tak auto pun 👊 Kalau korang bosan tekanlah manual dkt bwah tu, boleh la dengar2 lagu sambil Blog-walking  dkt sini.

                Post-post aku yang lama pula aku dah buang 😬 Aku pn tak tahu la kenapa buang, sayang la juga sebab banyak view dan org komen2. Byk view bukan sebab aku popular, tapi sebab post-post lama tahun 2012. Korang bayang la aku merapu apa zaman muda-mudi. Jadi mulai hari ini kita buka lembaran baru. Mungkin content yang bakal aku post nanti berkaitan masak2, journey weight lost atau aku kongsikan pengalaman-pengalaman aku. Banyak peristiwa yang aku nak kongsi dengan korang ada yang pahit, ada yang manis.

                Kepada yang sudi follow blog aku, terima kasih aku ucapkan. Nanti aku follow semula. Salam perkenalan



Sambal Kerang Petai

Wahhhh lama betul xupdate blog, habis bersawang nmpknya. Haha.

Harini nk cuba post melalui talifon bimbit. Kalau menjadi boleh lah lebih kerap update blog lepas ni. Mudah kn? Guna apps blogger di handphone, xperlu bukak tutup laptop lg. Sebenarnya laptop sy bermasalah, barai dah dipijak oleh ank kedua sy. Walaupn dye perempuan, tp lasaknya MasyaAllah. Sabar ajelah kan 😂

Sambal Kerang Petai

Untuk percubaan post pertama sejak sekian lama, sy nk cerita perihal sambal kerang. Lama sy mencari sambal kerang yg sedap sejak berpindah ke Kedah hujung Tahun 2018. Ada lah beli di kedai tp agak sedikit kecewa dgn rasanya.

Kebetulan ke pasar pagi Jitra beberapa minggu lepas terjumpa kerang masih hidup, mesra menyengih sy.  Jdi rasanya elok lah kita bt sendiri saja sambal kerang tu, kita yg masak tentulah kena dgn tekak kita kn? Petai pula kebetulan suami beli.  Maka jadi lah sambal kerang petai cara sy.

Resepi sy simple saja. Kisar halus bwng dgn cili kering kemudian tumis, bila naik bau masuk garam gula sikit & air asam jawa. Tunggu pecah minyak masuk pulak kerang dan diikuti petai.  Masak kejap je tau, bimbang liat isi kerang kalau lama-lama. Maka, siaplah masakan kita hari ini. Sedia untuk dimakan bersama nasi putih.


Segar petainya!

Okelah u alls, sekian entry harini. Saja jer nk test post guna handphone, td cuba pki apps xlepas, kali ini cuba lg tp guna browser biasa di handphone. Harapnya boleh la 😊 Ada waktu terluang kita jumpa lg. Sekian, Assalamualaikum.

Kisah Rumput dan Cinta


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Taman sumaiyah

Hi. Post ni lagi banyak gambar dri bercakap 😂 Saja aku nk letak hasil kebun aku dkt sini.hehehhe. Kebanyakan pokok yang ada di taman sumaiy...