Aidiladha 2021

Assalamualaikum semua ❤️ Harap semua dlm keadaan yang sihat2 sahaja di musim COVID-19. Tahun ini sudah memasuki tahun ke-3 negara kita dilanda wabak dan nampaknya seperti lama lagi masa yang diperlukan utk keadaan kembali seperti asal/sebelum covid. 

Teringat kenangan dulu2 sewaktu kecil di pagi raya Aidiladha, aku akan pergi ikut abah aku melihat orang2 kampung "tumbangkan" lembu. Susah juga tau, tambah pula lembu yang sihat/kuat. Memang xkan termampu nak menyembelihnya seorang diri.  Hari ini, anak2 aku xdpt alami situasi yg sama, sbb COVID-19 membataskan kita berkumpul sesama warga kampung bergotong royong di pagi Raya.

 
Sambutan Aidiladha 2021 aku sambut sederhana bersama kwn2 satu kuarters. Terasa hilang sunyi di dgr riuh rendah mereka bersembang. Pakai cantik2 bukan pergi jauh ye. Ini dpn rumah sahaja. Aku dgn kwn aku yg Aisyah ni kadang2 tidak ada kerja kami suka main makeup2.

Ini semua suami Nadieha yg masak. Tp gambar suaminya xdak la. Cukup Nadieha sebagai model. Sedap Alhamdulillah semoga murah rezeki org yang suka menjamu org lain makan. 


Kuih kegemaran aku. Sedap la...Aku pun selalu buat tiap kali raya, tapi jarang sedap πŸ₯Ί. Korang kalau jumpa resepi sedap kongsi la dgn aku tau ❤️

Lemang kulit tebu.

Tapai.

Anak Nadieha, bulat mcm pau πŸ₯°

Usai makan aku terus ke rumah ayah mentua aku yg terletak xjauh dri kuarters. Sebelum duduk kuarters, suami aku tinggal di rumah ayah mentua aku ulang alik ke tempat kerja. Ayah mentua aku tinggal seorang diri.

Tengok menantu kesayangan beli apa 😌

 Durian tau! Sebiji durian di tgn kiri aku tu bersamaan harga semua biji durian di tgn kanan aku. Beza harga, rasa pn tentulah berbeza. Suami aku cakap tu durian Udang merah. Aku xthu sgt. Tahu makan jer. Semuanya sedap bagi aku. Lepas bagi durian dkt pak mentua, blik kuarters semula. Begitulah raya aku Tahun ini. Alhamdulillah Tahun ini aku dapat daging kurban sikit. InsyaAllah akan aku rendangkan ia πŸ˜‚

Salam sayang,
Sumaiyah






Kek Pertama Hiasan Bunga

             Test2..Maaf kawan-kawan. Aku bukan nak kongsi resepi cuma nk test post baru sahaja. Aku jadi musykil kenapa post aku tak muncul di carian Google sedangkan aku tak private pun. Adakah sebab aku tukar alamat? Yang kenal aku dari dulu mesti tahu nama blog aku sekarang tak sama dengan nama yang lama, tahun 2012. Aku sengaja tukar kepada yang lebih baku sedikit. Yang lama tu mcm knk-knk la. Tetapi sejak aku tukar 1 post aku pun xdek yang muncul. sodih la mcm ni πŸ˜– Menyesal pula aku tukar. Alamat lama dulu elok je bila search jumpa. Malah penulisan2-penulisan lama yg aku dah padam masih ada jika dicari, sdgkan aku dah padam tau! alamat pn dah tak ada/ ditukar. Mmg musykil dibuatnya.

OKlah, tukar tajuk. Aku tunjuk kek aku buat zaman suka memasak.

            Haaaaa cantik tak? ada ala-ala baker berjaya x? Dulu aku minat sgt buat kek. Jangan pelik tau papan lapik kek tu 😁 Aku recycle Secret Recipe punya papan. Tapi kek tu dgn hiasan mmg aku buat. Sedap tu ok la, tp secara keseluruhannya berbaloi beli lgi dri masak. susah juga nk menyediakan sebiji ke mcm ni. Kalau sesiapa baru nk cuba aku cadangkan siapkan krim sehari awal, barulah tak penat. second day cuma baking kek and hias shja. rasa nk repeat buat pula kek mcm ni. Bahagian paling seronok menghias la. Puas hati tgok corak bunga-bunga tu. Taklah cantik mcm dekat kedai tapi cantiklah juga hahahahhahahahaha   πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ini lah Adamnya, anak aku yang sulung. masa ni dye kecik lagi. Hai untie2! πŸ‘¦

Suatu hari nnt InsyaAllah baru aku kongsi resepi kek sedap. Harini aku tak berkelapangan. Salam sayang semua πŸ’–


Zaman Kecil Sumaiyah



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Harini aku nak kenang kembali zaman kecil aku, walaupun dilahirkan di negeri Selangor tetapi aku dibesarkan di Pahang. Apa yang boleh aku katakan membesar di Pahang memang seronok, cuma ada waktunya aku berjanji dgn diri sendiri yang aku akan keluar dari pahang. Aku frust masa tu, aku bukan pelajar kaya, tapi bantuan payah nak dapat hanya kerana IC aku bukan 06. Tapi sekarang bila dah merantau, rasa rindu pula. Kata orang, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.



Aku lahir tahun 1992, sempat tinggal di Jengka 19 sampai 5thun. Kemudian pindah ikut mak aku tinggal di Kilang Getah Kampung Awah (FRISB). Perumahan Kakitangan Kilang ni terletak jauh ke dalam sikit. Maksud aku dari simpang nak masuk tu kita harus melalui kebun Sawit, kemudian kebun getah baru sampai ke Kilang Getah dan perumahan yang menempatkan pekerja Kilang. Seronok juga duduk disini, byk kenangan tapi hampir kesemuanya tersimpan sebagai memori dalam minda aku je, tiada gambar yang dapat aku tunjuk sebab zaman tu penggunaan kamera xmcm skrg, handphone pn tak ada.


Aku di rumah Kilang, mmg acah-acah puteri. Puteri Getah πŸ˜†


Bersama adik aku, dia lahir 1995. Aku ada lgi gambar dgn kawan-kawan. Bersama Zira dan Ila tapi tak tahu la mana umi aku simpan. kena balik kampung ni godek-godek album lama.


Kadang-kadang boleh jadi sedih melihat gambar-gambar lama. Boleh tak nak patak balik masa? πŸ˜”Rindu Arwah abah aku. Dye meninggal tahun 2017. Gambar ni masa kami sekeluarga pergi melawat Zoo Negara. Minta kawan-kawan sedekahkn Al-Fatihah untuk arwah.


Yang ini pula kenangan kami pergi melihat sarkas. Aku dgn adik aku gembira sangat. Teruja! Kami 1 family mmg jarang berjalan-jalan. Ini sahaja antara kenangan yang ada.


Sambutan hari lahir di rumah Kilang Getah Kampung Awah. Terima kasih Umi dan abah sebab belikan kek utk kakak. Aku betul-betul bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk merasa semua ni. Tak semua orang ada memori sambut hari jadi bersama ibu dan bapa mereka. Tiap tahun mesti ada walaupun sekadar ucapan ringkas. Ada juga memori sambut bersama kawan. Umi aku masak. Aku mmg tak akan lupa hari tu. Best day ever. Kawan-kawan Kilang datang untuk sambutan hari lahir aku.


Ini la umi aku, jarang ada dalam setiap gambar sbb dialah tukang tangkap gambar. Dan untuk gambar ni adik aku yang tangkapkan. Maaf la kualiti gambar tak terang. Aku pakai handphone free aja masa ni, umi aku dapat handphone Kilang Getah bagi sebagai bonus, masa tu FRISB ni untung banyak kot harga getah tinggi lagi sbb penggunaan getah sintetik tak meluas mcm hari ni. Siap bawa kami pergi Family Day tau.


Aku tak ingat tahun bila umi berhenti kerja. Tapi sekarang umi aku dah berpindah ke Chenor,Pahang. Sayang juga tinggal rumah kilang, banyak pokok-pokok umi aku tanam. Seperti jambu,limau dan mcm-mcm lagi. Lepas tu sebelah rumah kilang tu ada pokok durian. Masa kecil siap buat khemah tepi rumah tunggu buah durian jatuh. Sedap isi dia mcm durian mahal.

Sekejap je masa berlalu sekarang aku dah nk memasuki usia 30an. Rindu masa berlalu.







Taman sumaiyah

Hi. Post ni lagi banyak gambar dri bercakap πŸ˜‚ Saja aku nk letak hasil kebun aku dkt sini.hehehhe. Kebanyakan pokok yang ada di taman sumaiy...