Assalamualaikum. 

Dah lama saya tak menulis. Banyak episod kehidupan tak ter'update'. Hari2 berlalu begitu sahaja. Hidup sekarang entahlah. Bahagia? hmm..

Saya rasa nak berputus asa.

Saya dah gagal korang.

Obviously gagal sebagai seorang isteri sbb sy dah bercerai.

Gagal sebagai seorang ibu. Gaji saya kecik sgt. Saya tak mampu nk jaga anak. Kalau ex bagi duit makan diorg mungkin okay lagi. Tapi skrg sy rsa tak mampu, mmg utk makan je pun tak cukup apa lagi nk bwa ank jalan2 sekali sekala. Apa nikmat hidup terpuruk?. Dari sudut emosi pun sama, Adam asyik buat perangai jer. Hampir hari2, dan saya sudah hampir gila. Saya sumpah penat. Macam mana sy nk kumpul duit mcm ni? Saya perlukan duit. 

Saya gagal juga sebagai seorang anak. hmmm. Kesian umi sy. Umi, nanti kakak cuba kumpul duit. Sorry umi. Kakak mmg tak guna.

.
.
.

Saya nk duit sbb nk tebus barang mak sy. Korang jangan beritahu mak sy tau. Doakan si pencuri terbuka hati untuk pulangkan. Kesian mak saya, kalau dia tahu mesti dia sedih.

No comments:

Post a Comment

 Assalamualaikum.  Dah lama saya tak menulis. Banyak episod kehidupan tak ter'update'. Hari2 berlalu begitu sahaja. Hidup sekarang e...