Taman sumaiyah

Hi. Post ni lagi banyak gambar dri bercakap πŸ˜‚ Saja aku nk letak hasil kebun aku dkt sini.hehehhe.
Kebanyakan pokok yang ada di taman sumaiyah adalah pokok2 yang menghasilkan bunga, sbb aku mmg minat sgt dgn bunga 🌸

Bunga Raya
Cantik kn wrna pink ni? Mmg aku fall in love sgt! Lama tau aku cari warna pink bandung mcm dlm gambar ni. Akhirnya jumpa juga. Selain pink ni. Aku ada 4 lagi jnis warna pink. So total pink hibiscus aku ada 5 la  Ada yg kelopak ropol, ada kelopak kampung. Ada yg pink pekat, ada yg cair.

Kalau nk dikira keseluruhan mmg byk. Smpai aku pn xingat ada berapa warna koleksi bunga raya aku. Pink saja dah 5 pasu. Yg lain aku xkira.

Bunga Rose
Paling byk dkt rumah aku tentulah bunga rose. Tak tahu la kenapa mmg aku jatuh cinta sgt dgn bunga rose. Sanggup habis duit demi beli pokok bunga rose. Tak cukup dgn tu, aku siap masuk kelab peminat bunga rose. Bila dah berada dlm komuniti yg berkongsi minat yg sama mmg makin menjadi2 la 

Sandpaper vine
Cantikkan bunga ni? Pernah dye bunga lebat sgt. Kalini cuma 2tangkai. Tapi tetap cantik. Mungkin sebab cuaca skrg hujan. Kalau Musim panas mesti dye meriah berbunga. 
Orang ckp bunga dye bila kering boleh semai. Aku selalu juga cuba xjadi semaiannya πŸ˜‚ Tapi...tapi tapi tapi..ehehheehe...yanh jatuh sendiri ke tanah tumbuh pula. Bila dah bsr sikit aku korek letak dalam pasu. Sekarang dah makin tinggi.
Rose Jepun
Dulu kn, dalam tahun 2020 mcm tu aku rajin kumpul jenis bunga rose jepun. Lagi2 yg jenis carnation. Banyak sgt smpai mmg xterkira la pasunya, sekarang dah xberapa nk jaga. 
Bunga rose jepun ni lepas beberapa bulan perlu ditanam semula, itu yg buat aku mls nk jaga tu. Fasa cantik pokok ni sekejap je lepas tu nk kne replant dan kembangnya pun kejap je. Pukul 10 mula kembang ptg dah kuncup. Haaaa..jd kalau aku nk menikmati keindahan bunga ni kne kluar tgh hari la. Agak mls disitu. 

Plumbago
Pokok ni cantik juga, bila panas meriah. Tp tulah, smpai harini gagal biakkn. Org cakap pakai keratan batang je utk biakkan. Pokok ni aku beli murah je Rm5. Walaupn murah tetap cantik ❤

Bleeding Heart
Pokok ni ada juga yg pgil nyonya mkn sireh. Aku beli sbb dye ada daun yg cantik. Kalau yg daun biasa tu aku dah slalu jumpa. Tp tgok yg variegated ni cantik pula.  
Kelemahan daun mcm ni 1 je. Tak boleh terlalu panas. No direct sunlight okay. Korang kne letak bawah shades. Ala yg mcm pokok orkid tu ada net hitam. Kalau x daun dye mudah terbakar tau. Nak2 bgian yg berwarna putih tu.

Ok lah dah lewat malam. Aku nk tido. Nanti insyaAllah aku post Taman sumaiyah part 2. Daaaa 😘

Kenangan yang dipadam

Harini hari pertama puasa tahun 2021. Aku xbuat apa pn, hari masih pagi dan aku cuma berbaring shja.

Kadang aku fikir, apasal la aku pergi padam post lama aku.. aku start blogging 2012 rsanya. Haritu aku padam sbb rsa menyampah. 

Kau tahu perasaan tgok status lama kau? Dye mcm Eh apa ni? Hahahah. Dan aku persoalkan balik apa benda la yg ko buat ni Sumayyahhhhhh. Sbb tu la aku padam. 

Harini aku blogwalking my friend punya blog dan melihat post tahun2 yg lepas aku rsa mcm waaa bestnya dye ada kenangan. Disitulah aku persoalkn knpa aku delete post lama aku..mmg la nmpk stupid tapi tu kan kenangan. Tak gitu?
 Its okay kawan2. Sy akan menulis semua kenangan sy disini nanti. Ada juga yg akan sy throwback kenangan yg lama2. Kita jumpa next post okay πŸ‘

Selamat Hari lahir yang ke-30

Assalamualaikum, baru-baru ni aku berkesempatan menyambut hari lahir yg ke-30.

 Allahu..tuanya rsa diri ini. Cepat betul masa berlalu, dah masuk 30an dah aku. Rsa mcm xpercaya je. 
Terima kasih la suami aku bt surprise kek, KFC dan hadiah. Aku xdek la terkejut sgt sbb tiap2 tahun suami aku bt surprise. Jd aku boleh baca dah la apa yg akan terjadi pada hari jadi aku. Hhehehe. 

Tp kek aku tahun ni sweet dowh πŸ˜‚

Ada ayat "my beautiful wife". Ngekek aku gelak masa tgok kek. Perasaan msa tu mcm geli hati org pnggil aku beautiful tp dlm hati suka. Wakakkakaka.

The best part dpt hadiah. Cantikkk..

Susah nk tgkap gmbr dri depan, camera fon xfokus. Mungkin sebab kilat sgt 😬 Cuba pki camera IG letak filter baru nmpk bentuk cincin tu.

 Yg biru atas tu hadiah birthday 2thun lepas. Dlm gmbr xnmpk biru sgt sbb filter. Kalau ikutkan warna dye yg sbnr warna biru lautan dalam. Aku yg pilih dkt kedai emas. Yg tahun ni pn aku pilih sndiri dkt kedai silver. Aku mmg suka brg perhiasan yg ada batu permata. Yang shining 🌟 gitu..

Semoga sumaiyah dan family sentiasa berada di dlm rahmat Allah S.W.T. Happy Birthday to sumaiyah πŸŽ‰









Kad Vaksinasi Hilang

Salam sahabat. Haaa tajuk aku gempar sikit. IYA!! kad vaksinasi aku h.i.l.a.n.g! Waduh2 sahabat..bagaimanakah ini, aku baru 3 hari lengkap dos ke2 dah hilang. Ini kalau mak aku tahu berdarah telinga kena dgr bebelan. Ayat yg aku yakin dye akan cakap CUAI. Mmg aku xdpt nafikan 😌 . Setelah aku berfikir-fikir. Aku rasa Kad tu dikepilkan dgn surat kebenaran/persetujuan vaksin. Lepas tu aku serah surat tu kpd org bertugas dan kad tu ada dkt surat tu la aku rasa. Haaaaa...Aku harap aku slh, minta2 la ada terselit dimana2 dan aku akn menjumpainya minggu ni. Aku tahu klu hilang pn xpe, boleh tunjuk dlm app My Sejahtera..tapi aku selesa tunjuk kad. Henfon aku slalu mati sbb habis bateri πŸ˜‚ haaaa...nnt lalu SJR atau tgh Dine-in ke pegawai petugas minta tgok dan kebetulan henfon aku habis bateri macam mana? Kad tu penting juga kan? 


Telah Lengkap 2 dos OK. Aku dah boleh dine-in nnt. Kalau nk ikutkn masa ni aku pegang kertas tu terbalik tau. Ni aku edit barula betul. Seingt aku masa tu aku dah tgok word dkt paper, dah baca tp entah mcm mana jd terbalik juga 😩 kes ini x berakhir disini. Aku balik nk order air Cappuccino, aku sebut Cappucinu. Alahai bodo malukn diri. Mengekek aku gelak korang tau. 

Bdjsmabha: Nak order apa?
 Aku: Cappucinu Smoothie 1

Haaaaaa...kan haru order macam tu. 

Alang2 cerita pasal vaksin ni apakata aku cerita juga Kesan Vaksin dos ke2 khususnya terhadap diri aku. I repeat, diri aku tau. Jd jgn anggap statement aku ni akan berlaku pada korang juga. Sbb reaksi badan terhadap vaksin ni berbeza. Tp korang yg nak ambil vaksin tu jgn risau ok. Kita ambil je satu usaha kita bersama demi Malaysia mencapai herd immunity secepat mungkin.

 
Dos pertama respon badan aku terhadap vaksin boleh dikatakan ok la. Tiada apa yg menggusarkan. Setakat bengkak sikit dgn tempat cucuk biasa la tu. Tp tompok merah di tempat vaksin tu lama juga, belasan hari bru hilang.

Dos kedua, hari pertama ok juga. Cuma tusukan jarum mcm terasa-rasa. Malam tu dah start feeling2 xsihat dan keesokan harinya aku demam. Demam aku disertai sakit kepala berdenyut2. Jujur ckp sakit. Rasa mcm migraine. Rasa mcm Zombie tgh gigit kepala otak ni pn ada juga. Masa tu aku dah mulai risau. Aku ada lihat BBC News berkaitan kes Blood Clots After AstraZeneca. Haaaa risau la...kalau mati terus xpe. Tp klu blood clot dkt otak jd oku/lumpuh/ stroke/ xberupaya mcm mana, aku xnak la dlm kehidupan ni menyusahkn sesiapa, hatta anak aku sekalipn. Aku pujuk hati aku utk tenang. Aku ambil vaksin lain, yg dlm berita AZ. Jd berserah shajalah kpd Allah. Semoga dipermudahkan urusan aku, Semoga demam cpt kebah. Hari ketiga aku dah boleh bertiktok 😌. Sihat sgt la tu...tp denyut dkt kpla terasa lg cuma xsekuat masa demam tu.

.....

Dah seminggu berlalu, Alhamdulillah sakit kpla yg rsa berdenyut2 tu dah tak ada ❤️


Aidiladha 2021

Assalamualaikum semua ❤️ Harap semua dlm keadaan yang sihat2 sahaja di musim COVID-19. Tahun ini sudah memasuki tahun ke-3 negara kita dilanda wabak dan nampaknya seperti lama lagi masa yang diperlukan utk keadaan kembali seperti asal/sebelum covid. 

Teringat kenangan dulu2 sewaktu kecil di pagi raya Aidiladha, aku akan pergi ikut abah aku melihat orang2 kampung "tumbangkan" lembu. Susah juga tau, tambah pula lembu yang sihat/kuat. Memang xkan termampu nak menyembelihnya seorang diri.  Hari ini, anak2 aku xdpt alami situasi yg sama, sbb COVID-19 membataskan kita berkumpul sesama warga kampung bergotong royong di pagi Raya.

 
Sambutan Aidiladha 2021 aku sambut sederhana bersama kwn2 satu kuarters. Terasa hilang sunyi di dgr riuh rendah mereka bersembang. Pakai cantik2 bukan pergi jauh ye. Ini dpn rumah sahaja. Aku dgn kwn aku yg Aisyah ni kadang2 tidak ada kerja kami suka main makeup2.

Ini semua suami Nadieha yg masak. Tp gambar suaminya xdak la. Cukup Nadieha sebagai model. Sedap Alhamdulillah semoga murah rezeki org yang suka menjamu org lain makan. 


Kuih kegemaran aku. Sedap la...Aku pun selalu buat tiap kali raya, tapi jarang sedap πŸ₯Ί. Korang kalau jumpa resepi sedap kongsi la dgn aku tau ❤️

Lemang kulit tebu.

Tapai.

Anak Nadieha, bulat mcm pau πŸ₯°

Usai makan aku terus ke rumah ayah mentua aku yg terletak xjauh dri kuarters. Sebelum duduk kuarters, suami aku tinggal di rumah ayah mentua aku ulang alik ke tempat kerja. Ayah mentua aku tinggal seorang diri.

Tengok menantu kesayangan beli apa 😌

 Durian tau! Sebiji durian di tgn kiri aku tu bersamaan harga semua biji durian di tgn kanan aku. Beza harga, rasa pn tentulah berbeza. Suami aku cakap tu durian Udang merah. Aku xthu sgt. Tahu makan jer. Semuanya sedap bagi aku. Lepas bagi durian dkt pak mentua, blik kuarters semula. Begitulah raya aku Tahun ini. Alhamdulillah Tahun ini aku dapat daging kurban sikit. InsyaAllah akan aku rendangkan ia πŸ˜‚

Salam sayang,
Sumaiyah






Kek Pertama Hiasan Bunga

             Test2..Maaf kawan-kawan. Aku bukan nak kongsi resepi cuma nk test post baru sahaja. Aku jadi musykil kenapa post aku tak muncul di carian Google sedangkan aku tak private pun. Adakah sebab aku tukar alamat? Yang kenal aku dari dulu mesti tahu nama blog aku sekarang tak sama dengan nama yang lama, tahun 2012. Aku sengaja tukar kepada yang lebih baku sedikit. Yang lama tu mcm knk-knk la. Tetapi sejak aku tukar 1 post aku pun xdek yang muncul. sodih la mcm ni πŸ˜– Menyesal pula aku tukar. Alamat lama dulu elok je bila search jumpa. Malah penulisan2-penulisan lama yg aku dah padam masih ada jika dicari, sdgkan aku dah padam tau! alamat pn dah tak ada/ ditukar. Mmg musykil dibuatnya.

OKlah, tukar tajuk. Aku tunjuk kek aku buat zaman suka memasak.

            Haaaaa cantik tak? ada ala-ala baker berjaya x? Dulu aku minat sgt buat kek. Jangan pelik tau papan lapik kek tu 😁 Aku recycle Secret Recipe punya papan. Tapi kek tu dgn hiasan mmg aku buat. Sedap tu ok la, tp secara keseluruhannya berbaloi beli lgi dri masak. susah juga nk menyediakan sebiji ke mcm ni. Kalau sesiapa baru nk cuba aku cadangkan siapkan krim sehari awal, barulah tak penat. second day cuma baking kek and hias shja. rasa nk repeat buat pula kek mcm ni. Bahagian paling seronok menghias la. Puas hati tgok corak bunga-bunga tu. Taklah cantik mcm dekat kedai tapi cantiklah juga hahahahhahahahaha   πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ini lah Adamnya, anak aku yang sulung. masa ni dye kecik lagi. Hai untie2! πŸ‘¦

Suatu hari nnt InsyaAllah baru aku kongsi resepi kek sedap. Harini aku tak berkelapangan. Salam sayang semua πŸ’–


Zaman Kecil Sumaiyah



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Harini aku nak kenang kembali zaman kecil aku, walaupun dilahirkan di negeri Selangor tetapi aku dibesarkan di Pahang. Apa yang boleh aku katakan membesar di Pahang memang seronok, cuma ada waktunya aku berjanji dgn diri sendiri yang aku akan keluar dari pahang. Aku frust masa tu, aku bukan pelajar kaya, tapi bantuan payah nak dapat hanya kerana IC aku bukan 06. Tapi sekarang bila dah merantau, rasa rindu pula. Kata orang, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.



Aku lahir tahun 1992, sempat tinggal di Jengka 19 sampai 5thun. Kemudian pindah ikut mak aku tinggal di Kilang Getah Kampung Awah (FRISB). Perumahan Kakitangan Kilang ni terletak jauh ke dalam sikit. Maksud aku dari simpang nak masuk tu kita harus melalui kebun Sawit, kemudian kebun getah baru sampai ke Kilang Getah dan perumahan yang menempatkan pekerja Kilang. Seronok juga duduk disini, byk kenangan tapi hampir kesemuanya tersimpan sebagai memori dalam minda aku je, tiada gambar yang dapat aku tunjuk sebab zaman tu penggunaan kamera xmcm skrg, handphone pn tak ada.


Aku di rumah Kilang, mmg acah-acah puteri. Puteri Getah πŸ˜†


Bersama adik aku, dia lahir 1995. Aku ada lgi gambar dgn kawan-kawan. Bersama Zira dan Ila tapi tak tahu la mana umi aku simpan. kena balik kampung ni godek-godek album lama.


Kadang-kadang boleh jadi sedih melihat gambar-gambar lama. Boleh tak nak patak balik masa? πŸ˜”Rindu Arwah abah aku. Dye meninggal tahun 2017. Gambar ni masa kami sekeluarga pergi melawat Zoo Negara. Minta kawan-kawan sedekahkn Al-Fatihah untuk arwah.


Yang ini pula kenangan kami pergi melihat sarkas. Aku dgn adik aku gembira sangat. Teruja! Kami 1 family mmg jarang berjalan-jalan. Ini sahaja antara kenangan yang ada.


Sambutan hari lahir di rumah Kilang Getah Kampung Awah. Terima kasih Umi dan abah sebab belikan kek utk kakak. Aku betul-betul bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk merasa semua ni. Tak semua orang ada memori sambut hari jadi bersama ibu dan bapa mereka. Tiap tahun mesti ada walaupun sekadar ucapan ringkas. Ada juga memori sambut bersama kawan. Umi aku masak. Aku mmg tak akan lupa hari tu. Best day ever. Kawan-kawan Kilang datang untuk sambutan hari lahir aku.


Ini la umi aku, jarang ada dalam setiap gambar sbb dialah tukang tangkap gambar. Dan untuk gambar ni adik aku yang tangkapkan. Maaf la kualiti gambar tak terang. Aku pakai handphone free aja masa ni, umi aku dapat handphone Kilang Getah bagi sebagai bonus, masa tu FRISB ni untung banyak kot harga getah tinggi lagi sbb penggunaan getah sintetik tak meluas mcm hari ni. Siap bawa kami pergi Family Day tau.


Aku tak ingat tahun bila umi berhenti kerja. Tapi sekarang umi aku dah berpindah ke Chenor,Pahang. Sayang juga tinggal rumah kilang, banyak pokok-pokok umi aku tanam. Seperti jambu,limau dan mcm-mcm lagi. Lepas tu sebelah rumah kilang tu ada pokok durian. Masa kecil siap buat khemah tepi rumah tunggu buah durian jatuh. Sedap isi dia mcm durian mahal.

Sekejap je masa berlalu sekarang aku dah nk memasuki usia 30an. Rindu masa berlalu.







Taman sumaiyah

Hi. Post ni lagi banyak gambar dri bercakap πŸ˜‚ Saja aku nk letak hasil kebun aku dkt sini.hehehhe. Kebanyakan pokok yang ada di taman sumaiy...