Aidiladha 2021

Assalamualaikum semua ❤️ Harap semua dlm keadaan yang sihat2 sahaja di musim COVID-19. Tahun ini sudah memasuki tahun ke-3 negara kita dilanda wabak dan nampaknya seperti lama lagi masa yang diperlukan utk keadaan kembali seperti asal/sebelum covid. 

Teringat kenangan dulu2 sewaktu kecil di pagi raya Aidiladha, aku akan pergi ikut abah aku melihat orang2 kampung "tumbangkan" lembu. Susah juga tau, tambah pula lembu yang sihat/kuat. Memang xkan termampu nak menyembelihnya seorang diri.  Hari ini, anak2 aku xdpt alami situasi yg sama, sbb COVID-19 membataskan kita berkumpul sesama warga kampung bergotong royong di pagi Raya.

 
Sambutan Aidiladha 2021 aku sambut sederhana bersama kwn2 satu kuarters. Terasa hilang sunyi di dgr riuh rendah mereka bersembang. Pakai cantik2 bukan pergi jauh ye. Ini dpn rumah sahaja. Aku dgn kwn aku yg Aisyah ni kadang2 tidak ada kerja kami suka main makeup2.

Ini semua suami Nadieha yg masak. Tp gambar suaminya xdak la. Cukup Nadieha sebagai model. Sedap Alhamdulillah semoga murah rezeki org yang suka menjamu org lain makan. 


Kuih kegemaran aku. Sedap la...Aku pun selalu buat tiap kali raya, tapi jarang sedap 🥺. Korang kalau jumpa resepi sedap kongsi la dgn aku tau ❤️

Lemang kulit tebu.

Tapai.

Anak Nadieha, bulat mcm pau 🥰

Usai makan aku terus ke rumah ayah mentua aku yg terletak xjauh dri kuarters. Sebelum duduk kuarters, suami aku tinggal di rumah ayah mentua aku ulang alik ke tempat kerja. Ayah mentua aku tinggal seorang diri.

Tengok menantu kesayangan beli apa 😌

 Durian tau! Sebiji durian di tgn kiri aku tu bersamaan harga semua biji durian di tgn kanan aku. Beza harga, rasa pn tentulah berbeza. Suami aku cakap tu durian Udang merah. Aku xthu sgt. Tahu makan jer. Semuanya sedap bagi aku. Lepas bagi durian dkt pak mentua, blik kuarters semula. Begitulah raya aku Tahun ini. Alhamdulillah Tahun ini aku dapat daging kurban sikit. InsyaAllah akan aku rendangkan ia 😂

Salam sayang,
Sumaiyah






No comments:

Post a Comment

Taman sumaiyah

Hi. Post ni lagi banyak gambar dri bercakap 😂 Saja aku nk letak hasil kebun aku dkt sini.hehehhe. Kebanyakan pokok yang ada di taman sumaiy...