Zaman Kecil Sumaiyah



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Harini aku nak kenang kembali zaman kecil aku, walaupun dilahirkan di negeri Selangor tetapi aku dibesarkan di Pahang. Apa yang boleh aku katakan membesar di Pahang memang seronok, cuma ada waktunya aku berjanji dgn diri sendiri yang aku akan keluar dari pahang. Aku frust masa tu, aku bukan pelajar kaya, tapi bantuan payah nak dapat hanya kerana IC aku bukan 06. Tapi sekarang bila dah merantau, rasa rindu pula. Kata orang, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.



Aku lahir tahun 1992, sempat tinggal di Jengka 19 sampai 5thun. Kemudian pindah ikut mak aku tinggal di Kilang Getah Kampung Awah (FRISB). Perumahan Kakitangan Kilang ni terletak jauh ke dalam sikit. Maksud aku dari simpang nak masuk tu kita harus melalui kebun Sawit, kemudian kebun getah baru sampai ke Kilang Getah dan perumahan yang menempatkan pekerja Kilang. Seronok juga duduk disini, byk kenangan tapi hampir kesemuanya tersimpan sebagai memori dalam minda aku je, tiada gambar yang dapat aku tunjuk sebab zaman tu penggunaan kamera xmcm skrg, handphone pn tak ada.


Aku di rumah Kilang, mmg acah-acah puteri. Puteri Getah πŸ˜†


Bersama adik aku, dia lahir 1995. Aku ada lgi gambar dgn kawan-kawan. Bersama Zira dan Ila tapi tak tahu la mana umi aku simpan. kena balik kampung ni godek-godek album lama.


Kadang-kadang boleh jadi sedih melihat gambar-gambar lama. Boleh tak nak patak balik masa? πŸ˜”Rindu Arwah abah aku. Dye meninggal tahun 2017. Gambar ni masa kami sekeluarga pergi melawat Zoo Negara. Minta kawan-kawan sedekahkn Al-Fatihah untuk arwah.


Yang ini pula kenangan kami pergi melihat sarkas. Aku dgn adik aku gembira sangat. Teruja! Kami 1 family mmg jarang berjalan-jalan. Ini sahaja antara kenangan yang ada.


Sambutan hari lahir di rumah Kilang Getah Kampung Awah. Terima kasih Umi dan abah sebab belikan kek utk kakak. Aku betul-betul bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk merasa semua ni. Tak semua orang ada memori sambut hari jadi bersama ibu dan bapa mereka. Tiap tahun mesti ada walaupun sekadar ucapan ringkas. Ada juga memori sambut bersama kawan. Umi aku masak. Aku mmg tak akan lupa hari tu. Best day ever. Kawan-kawan Kilang datang untuk sambutan hari lahir aku.


Ini la umi aku, jarang ada dalam setiap gambar sbb dialah tukang tangkap gambar. Dan untuk gambar ni adik aku yang tangkapkan. Maaf la kualiti gambar tak terang. Aku pakai handphone free aja masa ni, umi aku dapat handphone Kilang Getah bagi sebagai bonus, masa tu FRISB ni untung banyak kot harga getah tinggi lagi sbb penggunaan getah sintetik tak meluas mcm hari ni. Siap bawa kami pergi Family Day tau.


Aku tak ingat tahun bila umi berhenti kerja. Tapi sekarang umi aku dah berpindah ke Chenor,Pahang. Sayang juga tinggal rumah kilang, banyak pokok-pokok umi aku tanam. Seperti jambu,limau dan mcm-mcm lagi. Lepas tu sebelah rumah kilang tu ada pokok durian. Masa kecil siap buat khemah tepi rumah tunggu buah durian jatuh. Sedap isi dia mcm durian mahal.

Sekejap je masa berlalu sekarang aku dah nk memasuki usia 30an. Rindu masa berlalu.







No comments:

Post a Comment

Taman sumaiyah

Hi. Post ni lagi banyak gambar dri bercakap πŸ˜‚ Saja aku nk letak hasil kebun aku dkt sini.hehehhe. Kebanyakan pokok yang ada di taman sumaiy...